Thursday, November 24, 2011

John Titor manusia penjelajah waktu dari tahun 2036.



i am from 2036.percaya atau tidak.?John Titor berasal dari tahun 2036 mengembara menggunakan mesin masa.Tahun 2001, seluruh dunia pernah kecoh pasal wujudnya topik mengenai seorang lelaki yg menamakan dirinya sebagai John Titor, seorang tentera Amerika yg hidup pd tahun 2036, kembali ke zaman silam utk melaksanakan misi medapatkan sebuah komputer pertama yg dicipta utk kegunaan ketenteraan pada zaman 2036.





Well sounds like tipu kan? Tapi baca lagi seterusnya..






Kekecohan di dunia maya pada masa itu membuatkan ramai orang berdebat dlm bermacam-macam forum dan topik..ada yg percaya dan ada yg tidak. Si John Titor ni telah menceritakan banyak informasi mengenai perkara-perkara yg akan terjadi pada pada zaman abad ke-21(bermula tahun 2000) hinggalah ke zaman nya pada tahun 2036.






John Titor mendakwa dirinya lahir pada tahun 1998 di Florida, US. Sebagai seorang tentera yg dipilih US pd tahun 2036, beliau mendapat misi untuk membawa balik PC IBM 5100 yg dicipta pada tahun 1975. Beliau memerlukan PC tersebut kerana dalam PC tersebut memiliki UNIX language yg tidak pernah lagi digunakan pada tahun 2036.









PC IBM 5100





Menurut John, pada 2036 semua sistem unix language pd semua PC telah menjadi sistem error, dan hanya PC IBM 5100 saja yg boleh digunapakai sebab kelebihan nya yg lain daripada PC yg dicipta selepasnya. Apa yg menarik, pihak IBM sendiri mengaku kelebihan PC tersebut dan hanya 5 orang sahaja tahu mengenai rahsia utk memecahkan unix language PC tersebut. So, acane John Titor ni tahu lak?






John menceritakan serba sedikit mengenai mesin masa yg dia gunakan adalah drpd model C204, mesin yg boleh bawa 3 org pd satu-satu masa dan mampu bergerak ke zaman maksimum 60 tahun ke masa silam dgn kelajuan 10 per jam.
















Walaupun misi sebenar John Titor ialah kembali ke tahun 1975, selepas mendapatkan PC IBM 5100 beliau telah singgah pada tahun 2000 iaitu pada 2 November 2000 hingga ke 24 March 2001 utk berjumpa dgn keluarganya di Florida dan berjumpa dirinya sendiri ketika dia berumur 2 tahun. Pada masa ini lah John Titor telah menceritakan segalanya di Art Bell BBS Forums. Beliau menggunakan pseudonym TimeTravel_0 dan berkomunikasi secara online bersama org lain di forum tersebut. Disini, John telah meninggalkan beberapa tanda tanya mengenai maklumat pada masa depan.






Antara maklumat-maklumat yg diceritakan oleh John ialah:






1. John Titor memberitahu bahawa prinsip asas mesin masa itu telah diusulkan oleh CERN iaitu sebuah asosiasi riset partikel atom dan nuklear dLm 20 negara Eropah yang berpusat di Geneva, Swiss. Menurut John pada tahun pertama kerja pembinaan mesin masa adalah bersifat seperti black hole mini yang menyedut partikel fizik (jasad/objek) ke suatu masa atau zaman yang telah ditetapkan.



Faktanya: Pada tahun 2001, CERN telah menghebahkan eksperimen spektakular Large Hadron Collider (LHC) dan Relativistic Heavy Ion Collider (RHIC) iaitu dua buah mesin yang mampu memancarkan tenaga berkekuatan dahsyat, dan eksperimen anti objek yang telah menghasilkan sesuatu yang kelihatannya seperti black hole mini buatan yang mampu menyedut setiap objek di dalam jangkauannya.











2. John Titor mengatakan akan terjadinya sebuah peristiwa yang menggemparkan di AS pada tahun 2001 yang dikenali sebagai 9/11. Berkaitan dengan bencana di dua buah bangunan pencakar langit dan peristiwa itu telah menjadi dasar pengemuman perang terbuka terhadap pengganas di seluruh dunia oleh AS.


Faktanya: Pada 11 September 2001, WTC di New York telah dihentam dengan dua buah kapal terbang komersial yang ditawan pengganas yang menyebabkan berlakunya tragedi yang paling berdarah dalam serangan pengganas di AS dan dunia. Sesuatu yang dihubung kaitkan dengan jaringan Al-Qaeda. Dan AS melancarkan serang balas terhadap segala bentuk keganasan dan jaringan yang berkaitan dengannya.







3. John Titor memberitahu akan terjadi sebuah lagi serangan ketenteraan AS ke atas Iraq dengan alasan terdapatnya senjata pemusnah massal di sana. Namun itu lebih merupakan tindakan politik kerana senjata pemusnah yang didakwa AS itu tidak pernah ditemui di Iraq.


Faktanya: Ketenteraan AS dan pasukan multinasional tali barutnya telahpun melakukan serangan ke atas Iraq sekitar March 2003.







4. John Titor menginformasikan akan terjadinya suatu bencana besar yang memusnahkan ratusan ribu nyawa pada akhir tahun 2004.


Faktanya: Gempa bumi yang diikuti gelombang tsunami telah membadai beberapa kawasan Asia pada Desember 2004, dengan jumlah mangsa yang mencapai angka ratusan ribu nyawa di beberapa buah negara Asia dan yang terburuk adalah di wilayah Aceh – Nias, Indonesia.







5. John Titor mendakwa pula bahawa akan terjadinya perlanggaran meteorit di atmosfera bumi daripada objek dari luar angkasa selama lebih daripada satu dekad di Bumi.


Faktanya: NASA dan beberapa badan astronami pelbagai negara lainnya ada melaporkan tentang sebuah kejadian hujan meteor dan perlanggaran meteorit ke dalam atmosfera Bumi yang dimulakan dengan kehadiran komet yang melintasi bumi pada tahun 1998 yang telah memperlihatkan cakaran hujan meteor yang dijangka terus berlaku hinggalah ke tahun 2032. Dilaporkan juga terdapat ancaman perlanggaran dan hentaman asteroid kecil dengan atmosfera Bumi mulai tahun 2008 hingga ke tahun 2032 akibat lintasan perputaran orbit Bumi merentasi ke inti sabuk asteroid di sistem suria.







6. John Titor juga berkata tentang Alien dan UFO yang masih juga terus menjadi misteri pada zamannya . Tetapi pemahaman tentang mahluk luar angkasa itu didakwanya semakin boleh diterima akal akan kewujudannya. Beliau mendakwa alien juga barangkali adalah pengembara masa dari dimensi atau galaksi lain kerana beliau membuat andaian bahawa jika manusia mampu merentasi masa sepertimana dirinya maka adalah tidak mustahil terdapat makhluk lain yang lebih maju dan kehadapan teknologi dan ilmu sainsnya untuk berbuat sepertimana yang dilakukan manusia.


7. John Titor juga sempat untuk memberitahu tentang ramalan kalendar suku kaum Maya yang dijangkakan akan berlaku kiamat pada tahun 2012 sama ada ia adalah benar atau tidak. Akhirnya beliau menyifatkan bahawa sememangnya akan terdapat fenomena yang luar biasa dan unik serta aneh pada tahun 2012. Namun ia tidaklah terlalu menjejaskan manusia dan penghuni dunia lainnya dengan menekankan bahawa beliau sudahpun melalui peristiwa itu dan masih tetap hidup setidaknya untuk sampai ke tahun 2036!

Menurutnya, fenomena yang bakal terjadi pada tahun 2012 itu merupakan puncak fenomena alam yang pada saat ini (tahun 2001) ia sudahpun mulai terjadi. Tahun 2012 bukanlah kiamat sepertimana yag digembar gemburkan, tetapi apa yang terjadi ketika itu akan menyebabkan berlakunya satu malapetaka besar dunia yang akan mengorbankan banyak makhluk hidup. Fenomena itu amatlah berkaitan dengan peristiwa iklim, aktiviti tektonik dan gunung berapi yang ditandai dengan gempa-gempa yang berskala besarnya, taufan, badai dan tsunami.Faktanya: Ketika ini (tahun 2009) telah banyak terjadinya gempa bumi, badai, hujan, banjir yang menelan banyak mangsa akibat berlakunya perubahan iklim dunia.

8. John Titor menyebutkan bahawa Perang Dunia III akan terjadi dengan hebat pada tahun 2015. Serangan senjata nuklearlah yang menjadi asbab utama terjadinya perang dunia ketiga itu yang menyebabkan Bumi mengalami kerosakan teruk seperti berlakunya pencemaran radioaktif hinggakan kehidupan pada masa depan adalah sangat membebankan dengan sumber makanan sihat yang sangat terbatas, stok air bersih yang minimum, dan cara jalani kehidupan yang amat susah akibat daripada kekurangan beberapa barangan asas.









Gambar yg didakwa mesin masa milik John Titor






Dan ini hanyalah sebahagian saja maklumat yg telah diceritakan oleh John Titor. Setelah muncul selama beberapa bulan pada tahun 2000/2001, John akhirnya kembali ke zaman 2036 dan mengucapkan selamat tinggal dlm forum internet. John Titor meninggalkan semua manusia dalam keadaan penuh tanda tanya. Ramai yg percaya kerana beberapa orang saksi telah tampil menceritakan pernak berjumpa dgn John. Dan ada berita mengenai penglibatan agen rahsia CIA turut menyiasat kewujudan John. Menurut saksi, keluarga John Titor yg tinggal di Florida teleh berpindah secara tergesa-gesa sebelum berlakunya badai besar di Florida pada tahun 2001. Dan masa kini, maklumat mengenai keluarga John Titor telah dirahsiakan drpd umum.










Sumber:






Wikipedia - John Titor


Kisah benar John Titor pengembara masa dengan mesin masa


John Titor: a Time Traveller From The Year 2036?.

2 comments:

  1. ya thanks,kisah2 menarik akan dipaparkan pada masa akan datang.thanks for the comment.

    ReplyDelete