Friday, December 23, 2011
Wednesday, December 21, 2011
Saturday, December 17, 2011
manusia bertapa 6 bulan tanpa makan dan minum.
Ram Bahadur Bamjan,15, bertapa di bawah pokok selama 6 bulan tanpa makan dan minum telah menarik perhatian beribu pengunjung dan media.dia mula bertapa pada 16 May 2005.
Ram Bahadur Bamjan juga dikenali sebagai The Buddha Boy dan ada yang menganggapnya Dewa.Ram menghilangkan diri selepas 6 bulan bertapa dan masuk kedalam hutan untuk bertapa selama 7 tahun.
Ram Bahadur Bamjan juga dikenali sebagai The Buddha Boy dan ada yang menganggapnya Dewa.Ram menghilangkan diri selepas 6 bulan bertapa dan masuk kedalam hutan untuk bertapa selama 7 tahun.
Monday, December 5, 2011
Spontaneous Human Combustion,misteri manusia terbakar tanpa sebab yang pasti.
Spontaneous Human Combustion adalah fenomena yang berlaku di seluruh dunia dimana manusia terbakar menjadi abu tanpa sebab yang pasti,kejadian ini di anggap aneh kerana benda-benda sekeliling mangsa tidak terbakar,dipercayai suhu tubuh badan menjadi sangat panas.
pada tahun 1633,wanita paris menjadi abu di tempat tidurnya.manakala,Pada 9 April 1744, Grace pett yang berumur 60 tahun yang tinggal di Ipswich, Inggris, ditemui dalam keadaan seprti sepotong kayu yang dijilat habis oleh api tanpa sebarang api menyentuhnya, pakaian yang tergantung di berdekatan dengan mayat sama sekali tidak menunjukkan tanda-tanda hangus.
Pada tahun 1951, seorang janda berusia 67 tahun bernama Mary Reeser sedang berada di rumahnya di Florida. Pada ketika itu seorang jirannya yang hendak berkunjung kerumahnya,dia dapati pintu depan rumah Mary menjadi panas. setelah masuk kedalam rumah,dia mendapati Mary sedang duduk di kerusi dan kepala dan tubuhnya sudah habis terbakar.
Pada 18 Mei 1957, Anna Martin, 68 tahun, yang berasal dari Pennsylvania ditemui telah menjadi abu dengan hanya tinggal kaki. Para penyelidik mendapati Anna Martin terbakar oleh api pada suhu hingga 2.000 darjah fahrenheit.
Sehingga kini,belum ada jawapan yang dapat menyelesaikan misteri ini.mungkin kah manusia mampu mengawal suhu badan sehingga mampu untuk membakar diri sendiri?
sila komen dan beri pendapat anda.TERIMA KASIH.
Sunday, December 4, 2011
LARGE HARDON COLLIDER,experimen yang mencipta mini alam semesta.
LHC merupakan satu alat untuk menguji sejauh mana betulnya teori Standard Model of Particle Physics. Secara spesifiknya untuk menguji kewujudan Higgs boson kerana sebelum ini tiada lagi eksperimen pernah dijalankan untuk membuktikannya. Apakah Standard Model of Particle Physics dan Higgs boson? Rajin-rajinlah minta tolong dengan Pak Cik Google atau pun dengan Dr. Wikipedia. Jadi para saintis dari bermacam-macam negara bekerjasama dalam membina alat ini di Geneva, Switzerland.
“Large Hadron Collider adalah cincin “Akselerator Partikel” dan “Atom-Smasher” raksasa yg dibuat oleh Badan Riset Nuklir Eropa (CERN) dengan panjang keliling 27 km yg terletak pd kedalaman 175 meter dibawah tanah. Dibina diantara sempadan Perancis dan Swiss, cincin itu sendiri terdiri dari 9300 kumparan magnet superkonduktif dengan berat bertan-tan yg dirangkai seperti sosis dan kemudian didinginkan dengan sekitar 96 ton helium cair.
Projek LHC melibatkan sekitar 7000 org Ahli Fizik dari 80 negara dan telah menghabiskan kos berjumlah USD 5,8 milion.
LHC di jangka beroperasi dengan separuh kekuatan sehingga hujung tahun 2012 dan tidak akan beroperasi dengan seluruh tenaga 2014.
Saturday, December 3, 2011
Monday, November 28, 2011
Cameron Macauley adalah budak lelaki yang pernah hidup dua kali.
Seorang budak lelaki bernama Cameron Macauley yang baru berusia 2 tahun mengatakan bahawa dia mempunyai kehidupan yang lalu di atas pulau Barra.
Cameron mengatakan bahawa dia rindu dengan rumahnya yang berada di pulau barra,rumah yang berwarna putih dan hanya dengan menaiki kapal terbang untuk sampai tempat itu.
dia juga mengatakan mempunyai keluarga di sana yang bernama Robetson.
walaupun Cameron baru berusia 2 tahun,ibunya sekarang tidak pernah mendedahkan tentang pulau Barra kepadanya.tetapi semua yang dikatakan oleh budak itu betul.hanya dengan kapal terbang sahaja boleh sampai ke tempat itu,dan mempunyai sebuah rumah berwarna putih di sana.
kerana ingin tahu kebenaran cerita anaknya,ibu-bapanya telah mmbawa anaknya pergi ke pulau barra itu.mereka dapati memang pernah keluarga Robetson tinggal di rumah itu tetapi sudah bertahun-tahun dahulu.sila lihat video di bawah untuk lebih lanjut.
dia juga mengatakan mempunyai keluarga di sana yang bernama Robetson.
walaupun Cameron baru berusia 2 tahun,ibunya sekarang tidak pernah mendedahkan tentang pulau Barra kepadanya.tetapi semua yang dikatakan oleh budak itu betul.hanya dengan kapal terbang sahaja boleh sampai ke tempat itu,dan mempunyai sebuah rumah berwarna putih di sana.
kerana ingin tahu kebenaran cerita anaknya,ibu-bapanya telah mmbawa anaknya pergi ke pulau barra itu.mereka dapati memang pernah keluarga Robetson tinggal di rumah itu tetapi sudah bertahun-tahun dahulu.sila lihat video di bawah untuk lebih lanjut.
Friday, November 25, 2011
Thursday, November 24, 2011
John Titor manusia penjelajah waktu dari tahun 2036.
i am from 2036.percaya atau tidak.?John Titor berasal dari tahun 2036 mengembara menggunakan mesin masa.Tahun 2001, seluruh dunia pernah kecoh pasal wujudnya topik mengenai seorang lelaki yg menamakan dirinya sebagai John Titor, seorang tentera Amerika yg hidup pd tahun 2036, kembali ke zaman silam utk melaksanakan misi medapatkan sebuah komputer pertama yg dicipta utk kegunaan ketenteraan pada zaman 2036.
Well sounds like tipu kan? Tapi baca lagi seterusnya..
Kekecohan di dunia maya pada masa itu membuatkan ramai orang berdebat dlm bermacam-macam forum dan topik..ada yg percaya dan ada yg tidak. Si John Titor ni telah menceritakan banyak informasi mengenai perkara-perkara yg akan terjadi pada pada zaman abad ke-21(bermula tahun 2000) hinggalah ke zaman nya pada tahun 2036.
John Titor mendakwa dirinya lahir pada tahun 1998 di Florida, US. Sebagai seorang tentera yg dipilih US pd tahun 2036, beliau mendapat misi untuk membawa balik PC IBM 5100 yg dicipta pada tahun 1975. Beliau memerlukan PC tersebut kerana dalam PC tersebut memiliki UNIX language yg tidak pernah lagi digunakan pada tahun 2036.
PC IBM 5100
Menurut John, pada 2036 semua sistem unix language pd semua PC telah menjadi sistem error, dan hanya PC IBM 5100 saja yg boleh digunapakai sebab kelebihan nya yg lain daripada PC yg dicipta selepasnya. Apa yg menarik, pihak IBM sendiri mengaku kelebihan PC tersebut dan hanya 5 orang sahaja tahu mengenai rahsia utk memecahkan unix language PC tersebut. So, acane John Titor ni tahu lak?
John menceritakan serba sedikit mengenai mesin masa yg dia gunakan adalah drpd model C204, mesin yg boleh bawa 3 org pd satu-satu masa dan mampu bergerak ke zaman maksimum 60 tahun ke masa silam dgn kelajuan 10 per jam.
Walaupun misi sebenar John Titor ialah kembali ke tahun 1975, selepas mendapatkan PC IBM 5100 beliau telah singgah pada tahun 2000 iaitu pada 2 November 2000 hingga ke 24 March 2001 utk berjumpa dgn keluarganya di Florida dan berjumpa dirinya sendiri ketika dia berumur 2 tahun. Pada masa ini lah John Titor telah menceritakan segalanya di Art Bell BBS Forums. Beliau menggunakan pseudonym TimeTravel_0 dan berkomunikasi secara online bersama org lain di forum tersebut. Disini, John telah meninggalkan beberapa tanda tanya mengenai maklumat pada masa depan.
Antara maklumat-maklumat yg diceritakan oleh John ialah:
1. John Titor memberitahu bahawa prinsip asas mesin masa itu telah diusulkan oleh CERN iaitu sebuah asosiasi riset partikel atom dan nuklear dLm 20 negara Eropah yang berpusat di Geneva, Swiss. Menurut John pada tahun pertama kerja pembinaan mesin masa adalah bersifat seperti black hole mini yang menyedut partikel fizik (jasad/objek) ke suatu masa atau zaman yang telah ditetapkan.
Faktanya: Pada tahun 2001, CERN telah menghebahkan eksperimen spektakular Large Hadron Collider (LHC) dan Relativistic Heavy Ion Collider (RHIC) iaitu dua buah mesin yang mampu memancarkan tenaga berkekuatan dahsyat, dan eksperimen anti objek yang telah menghasilkan sesuatu yang kelihatannya seperti black hole mini buatan yang mampu menyedut setiap objek di dalam jangkauannya.
2. John Titor mengatakan akan terjadinya sebuah peristiwa yang menggemparkan di AS pada tahun 2001 yang dikenali sebagai 9/11. Berkaitan dengan bencana di dua buah bangunan pencakar langit dan peristiwa itu telah menjadi dasar pengemuman perang terbuka terhadap pengganas di seluruh dunia oleh AS.
Faktanya: Pada 11 September 2001, WTC di New York telah dihentam dengan dua buah kapal terbang komersial yang ditawan pengganas yang menyebabkan berlakunya tragedi yang paling berdarah dalam serangan pengganas di AS dan dunia. Sesuatu yang dihubung kaitkan dengan jaringan Al-Qaeda. Dan AS melancarkan serang balas terhadap segala bentuk keganasan dan jaringan yang berkaitan dengannya.
3. John Titor memberitahu akan terjadi sebuah lagi serangan ketenteraan AS ke atas Iraq dengan alasan terdapatnya senjata pemusnah massal di sana. Namun itu lebih merupakan tindakan politik kerana senjata pemusnah yang didakwa AS itu tidak pernah ditemui di Iraq.
Faktanya: Ketenteraan AS dan pasukan multinasional tali barutnya telahpun melakukan serangan ke atas Iraq sekitar March 2003.
4. John Titor menginformasikan akan terjadinya suatu bencana besar yang memusnahkan ratusan ribu nyawa pada akhir tahun 2004.
Faktanya: Gempa bumi yang diikuti gelombang tsunami telah membadai beberapa kawasan Asia pada Desember 2004, dengan jumlah mangsa yang mencapai angka ratusan ribu nyawa di beberapa buah negara Asia dan yang terburuk adalah di wilayah Aceh – Nias, Indonesia.
5. John Titor mendakwa pula bahawa akan terjadinya perlanggaran meteorit di atmosfera bumi daripada objek dari luar angkasa selama lebih daripada satu dekad di Bumi.
Faktanya: NASA dan beberapa badan astronami pelbagai negara lainnya ada melaporkan tentang sebuah kejadian hujan meteor dan perlanggaran meteorit ke dalam atmosfera Bumi yang dimulakan dengan kehadiran komet yang melintasi bumi pada tahun 1998 yang telah memperlihatkan cakaran hujan meteor yang dijangka terus berlaku hinggalah ke tahun 2032. Dilaporkan juga terdapat ancaman perlanggaran dan hentaman asteroid kecil dengan atmosfera Bumi mulai tahun 2008 hingga ke tahun 2032 akibat lintasan perputaran orbit Bumi merentasi ke inti sabuk asteroid di sistem suria.
6. John Titor juga berkata tentang Alien dan UFO yang masih juga terus menjadi misteri pada zamannya . Tetapi pemahaman tentang mahluk luar angkasa itu didakwanya semakin boleh diterima akal akan kewujudannya. Beliau mendakwa alien juga barangkali adalah pengembara masa dari dimensi atau galaksi lain kerana beliau membuat andaian bahawa jika manusia mampu merentasi masa sepertimana dirinya maka adalah tidak mustahil terdapat makhluk lain yang lebih maju dan kehadapan teknologi dan ilmu sainsnya untuk berbuat sepertimana yang dilakukan manusia.
7. John Titor juga sempat untuk memberitahu tentang ramalan kalendar suku kaum Maya yang dijangkakan akan berlaku kiamat pada tahun 2012 sama ada ia adalah benar atau tidak. Akhirnya beliau menyifatkan bahawa sememangnya akan terdapat fenomena yang luar biasa dan unik serta aneh pada tahun 2012. Namun ia tidaklah terlalu menjejaskan manusia dan penghuni dunia lainnya dengan menekankan bahawa beliau sudahpun melalui peristiwa itu dan masih tetap hidup setidaknya untuk sampai ke tahun 2036!
Menurutnya, fenomena yang bakal terjadi pada tahun 2012 itu merupakan puncak fenomena alam yang pada saat ini (tahun 2001) ia sudahpun mulai terjadi. Tahun 2012 bukanlah kiamat sepertimana yag digembar gemburkan, tetapi apa yang terjadi ketika itu akan menyebabkan berlakunya satu malapetaka besar dunia yang akan mengorbankan banyak makhluk hidup. Fenomena itu amatlah berkaitan dengan peristiwa iklim, aktiviti tektonik dan gunung berapi yang ditandai dengan gempa-gempa yang berskala besarnya, taufan, badai dan tsunami.Faktanya: Ketika ini (tahun 2009) telah banyak terjadinya gempa bumi, badai, hujan, banjir yang menelan banyak mangsa akibat berlakunya perubahan iklim dunia.
8. John Titor menyebutkan bahawa Perang Dunia III akan terjadi dengan hebat pada tahun 2015. Serangan senjata nuklearlah yang menjadi asbab utama terjadinya perang dunia ketiga itu yang menyebabkan Bumi mengalami kerosakan teruk seperti berlakunya pencemaran radioaktif hinggakan kehidupan pada masa depan adalah sangat membebankan dengan sumber makanan sihat yang sangat terbatas, stok air bersih yang minimum, dan cara jalani kehidupan yang amat susah akibat daripada kekurangan beberapa barangan asas.
Gambar yg didakwa mesin masa milik John Titor
Dan ini hanyalah sebahagian saja maklumat yg telah diceritakan oleh John Titor. Setelah muncul selama beberapa bulan pada tahun 2000/2001, John akhirnya kembali ke zaman 2036 dan mengucapkan selamat tinggal dlm forum internet. John Titor meninggalkan semua manusia dalam keadaan penuh tanda tanya. Ramai yg percaya kerana beberapa orang saksi telah tampil menceritakan pernak berjumpa dgn John. Dan ada berita mengenai penglibatan agen rahsia CIA turut menyiasat kewujudan John. Menurut saksi, keluarga John Titor yg tinggal di Florida teleh berpindah secara tergesa-gesa sebelum berlakunya badai besar di Florida pada tahun 2001. Dan masa kini, maklumat mengenai keluarga John Titor telah dirahsiakan drpd umum.
Sumber:
Wikipedia - John Titor
Kisah benar John Titor pengembara masa dengan mesin masa
John Titor: a Time Traveller From The Year 2036?.
Wednesday, November 23, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)